Kuala Lumpur Juara NILAM Kebangsaan 2017

Juara

Jumaat | 29 April 2017M | 2 Sya'aban 1438H | Wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Pertandingan NILAM Peringkat Kebangsaan 2017 iaitu Kamali Kannan dari Sekolah Menengah Sains Seri Puteri telah menjadi Johan bagi Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah.  Wakil Kuala Lumpur, Muhamad Ahnaf Rujhee bin Raja Anuar juga menjadi Johan Kategori Pendidikan Khas.

 

 

 

Pertandingan yang telah dijalankan di BTPN Selangor dan upacara penyampaian hadiah telah dilakukan di PWTC bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah melibatkan 4 kategori iaitu Kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah, Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah, Kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah.

Kuala Lumpur turut menghantar wakil untuk semua kategori namun rezeki tidak berpihak kepada tiga calon WPKL yang lain. Pertandingan kali ini menampakkan kematangan dan peningkatan kualiti yang tinggi berbanding tahun-tahun yang lepas.Walaupun tidak berjaya namun pujian perlu diberikan mereka di atas usaha dan semangat kental yang dipamerkan sepanjang program pemantapan dijalankan sehinggalah kehari terakhir pertandingan NILAM Kebangsaan 2017 patut dibanggakan.

 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada wakil Kuala Lumpur iaitu Nur Syafiqah binti Aminudin dari SM Sains Seri Puteri,  Aisyah Najihah binti Kamarulzaman dari SK Bellamy dan Ashley Kim Hooi Meixin Li-Kheng dari SJKC Kuen Cheng 2.  Anda  adalah "Terbaik Dikalangan Yang Terbilang" bagi Kuala Lumpur.