Mesyuarat Penyelarasan Penamatan Perkhidmatan 1Bestarinet Bagi Sekolah Yang Digabungkan Dan Ditutup Tahun 2017

Mes. Sekolah Tutup

Khamis | 4 Mei 2017M | 7 Syaaban 1438H | Satu Mesyuarat telah diadakan bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan peralatan dan bekalan peralatan yang diterima oleh sekolah yang akan ditutup. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Zainuddin in Haji Othman, Ketua Penolong Pengarah, BTPN WPKL.  Mesyuarat turut dihadiri oleh Pegawai BTPNWPKL, Pegawai dari PMO-BTP, Pegawai Sektor Pengurusan Maklumat JPWPKL, Pegawai ICT PPW, Wakil YTL, Guru Besar, Guru ICT dan Juruteknik sekolah terlibat.

Keputusan dan ketetapan penyelesaian telah diputuskan mengenai perkara-perkara berikut:

 

1. Pengurusan Kemudahan ICT (Zoom, ID VLE, Pelan Data Guru, Netbook serta Peralatan ICT).
2. Pengurusan Kemudahan Pusat Sumber Sekolah (Pengurusan Pusat Sumber Sekolah, Buku, Bahan Cetak dan Bukan Cetak).
3. Pengurusan Kemudahan Media (Peralatan Kampus ASTRO, Bahan Edaran MBMMBI dan PPSMI).