SELAMAT BERPISAH ENCIK AZWAN

 

Jumaat | 26 Mei 2017M | 29 Sya'aban 1438H | Setelah berkhidmat selama lebih 3 tahun 6 bulan (bermula pada  13 Januari 2014) sebagai Ketua Unit Kewangan dan Perolehan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Encik Azwan bin Amin, Pegawai Kontrak Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya di BTPNWPKL ini kerana mendapat tawaran yang lebih baik untuk berkhidmat di Perbadanan Pengangkutan Awam Johor di bawah Setiausaha Kerajaan Johor sebagai Ketua Jabatan, Kewangan dan Perolehan berkuatkuasa 1 Julai 2017. 

Warga BTPNWPKL merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas tawaran yang diterima. Selain itu, warga BTPNWPKL juga merakamkan ucapan terima kasih diatas sumbangan dan perkhidmatan yang telah diberikan selama berkhidmat di sini. Semoga Encik Azwan Amin akan lebih berjaya di tempat baru.

Azwan