Lawatan Kerja JAWI (Akademik): Pengurusan Pusat Sumber

Lawatan Kerja JAWI

Khamis | 7 September 2017M | 16 Zulhijjah 1438H | Rombongan yang diketuai Puan Nor Asiah binti Harun, Penolong Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) seramai 20 orang yang terdiri daripada Pegawai (Akademik) JAWI, Guru Besar dan wakil guru Sekolah Integrasi Agama JAWI (SIRAJ) dan Sekolah Rendah Agama telah melakukan lawatan kerja ke BTPNWPKL.

 

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk perkongsian maklumat serta bertukar-tukar pandnagan berkaitan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkasakan program pendidikan di JAWI.

Rombongan juga di bawa melawat ke sekolah calon Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri WPKL 2017 iaitu SK Cochrane.  Ahli rombongan telah dibawa melawat persekitaran sekolah; Pusat Sumber Sekolah, bilik-bilik khas dan kelas berkonsepkan Pembelajaran Abad ke-21.