Bengkel Pengurusan Portal BTPNWPKL & PKG

Khamis | 14 September 2017M | 23 Zulhijjah 1438H | Dalam melaksanakan Rasionalisasi Laman Web Sektor Awam, Unit Pembangunan Kapasiti Profesionalisme telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Pusat Kegiatan Guru (PKG).  Dengan tujuan untuk menyelaraskan lawan web unit-unit dan pkg dan menjadikan laman web udah diurus.

 Peserta bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai yang menguruskan laman web unit dan laman web pkg.  BTPN WPKL merakamkan ribuan terima kasih kepada penceramah bengkel ini  Encik Mohamad Izwan bin Mohd. Khalit dari Sektor Kejuruteraan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah banyak mencurahkan ilmu mengenai pembinaan laman web.

Semua webmaster unit dan pkg telah bersetuju bahawa mulai 14 Oktober 2017, semua maklumat laman web unit-unit dan pkg akan berada dalam laman web rasmi iaitu semua laman web akan berada disubdirektori BTPN WPKL.