Khemah Membaca 2017: Pemilihan Tokoh NILAM Negeri

Khemah Membaca

Isnin | 18 September 2017M | 27 Zulhijjah 1438H | Misi pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri WIlayah Persekutuan 2017 bermula.  Rombongan yang disertai seramai 41 orang yang terdiri daripada 12 peserta sekolah rendah, 13 peserta sekolah menengah, 8 orang hakim dan 8 orang urusetia telah bertolak ke Padi Box, Sekinchan kira-kira pukul 9.30 pagi ini bagi menjalani aktiviti Kem Membaca 2017.

Tujuan kem membaca ini adalah untuk memilih Tokoh NILAM Peringkat Negeri 2017 bagi mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Pertandingan Tokoh NILAM peringkat Kebangsan 2018 nanti.  Pemilihan Tokoh NILAM ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu:

1. Kategori Tokoh NILAM Bahasa Melayu Sekolah Menengah

2. Kategori Tokoh NILAM Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

3. Kategori Tokoh NILAM Bahasa Melayu Sekolah Rendah

4. Kategori Tokoh NILAM Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

 

Beberapa aktviti yang menguji dan mencabar peserta telah dirancang bagi mencungkil bakat dan potensi peserta diantaranya:

1. Teknik Penulisan

2. Pengucapan Awam

3. Pengesanan Penulisan (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris)

4. Temu Duga Individu (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris)

5. Teknik Perbincangan / Forum

6. Literasi Maklumat

7. Perbincangan Kumpulan

8. Persembahan Kumpulan

 

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merakamkan ucapan syabas kepada para peserta dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan jurulatih, hakim dan urusetia dalam menjayakan program Kem Membaca 2017 ini.