Bengkel Fotografi 2017: Potret

Bengkel foto

Khamis | 30 Mac 2017M | 2 Rejab 1438H | Seramai 12 orang pegawai dan juruteknik Komputer telah mengikuti Bengkel Fotografi 2017 anjuran Unit Pembangunan Kapasiti Profesionalisme dan Unit Media dan Inovasi Pendidikan.  Bengkel yang dijalankan selama 4 hari bermula pada hari Isnin, 27 Mac 2017 sehingga hari khamis,  30 Mac 2017 adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran fotografi.  Tugasan peserta bengkel kali ini ini adalah mengambil gambar potret yang boleh digunakan untuk menghasilkan poster atau kata-kata motivasi.

Bengkel Asas Server

 Bengkel Asas Server

Khamis | 23 Mac 2017M | 24 Jamadil Akhir 1438H | Bengkel ini adalah kolaborasi antara BTPN WPKL dengan Pusat GiatMARA Cheras.  Peserta bengkel terdiri daripada pegawai Unit Pembestarian Sekolah, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer. Penceramah bengkel ini adalah Puan Rosmawati binti Abdullah dari Pusat GiatMARA Cheras dan dibantu oleh Encik Muhamad Khairul Amirin bin Mohd Zaini, pelatih Pusat GiatMARA Cheras.  

Selamat Datang
En. Thanesh Balakrishnan

 

Rabu | 22 Mac 2017M | 23 Jamadil Akhir 1438H | Seluruh warga BTPN WPKL mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pegawai Teknologi Pendidikan yang baru iaitu Encik Thanesh Balakrishnan yang bertukar dari Pusat Kegiatan Guru Mantin, Negeri Sembilan. Beliau mula bertugas di BTPN WPKL pada hari Khamis,16 Mac 2017.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk 
Pembestarian Sekoah Peringkat Negeri

 Mesyuarat Pembestarian Sekolah

Jumaat | 24 Februari 2017M |27 Jamadil Awal 1438H | Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Tuan Haji Juahir bin Mondakir, Timbalan Pengarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul yang mewakili Pengarah Pendidikan. Mesyuarat ini diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Ketua-ketua Sektor, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ketua Unit ICT Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu, Ketua Unit ICT Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul, Ketua Unit ICT Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat, pegawai-pegawai BTPNWPKL dan pegawai-pegawai PKG Kuala Lumpur.

 

Lawatan Tapak Persediaan "Live-Streaming"

 

Isnin | 20 Februari 2017M | 23 Jamadil Awal 1438H | Satu lawatan tapak telah dilakukan sebagai persediaan awal oleh BTPNKL yang dipertanggungjawabkan sebagai Jawatankuasa Kecil Rakaman Video dan Multimedia bersama urus setia Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2017.  Pasukan BTPNWPKLdiwakili oleh Encik Mustapa Alba bin Umar, Encik Rusli bin Kemat dan Encik Mohd Sallehan bin Ismail. Manakala urus setia diwakili oleh Puan Jamaliza dari Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik JPWP.  Manakala Dewan Heng Gok Hai diwakili oleh Dato' Addie Heng, Pengurus HGH dan Encik Meng, Juruteknik.

Pemantapan Calon Tokoh NILAM Ke Peringkat Kebangsaan 2017

 

Khamis | 16 Februari 2017M | 19 Jamadilawal 1438H | Seramai 4 orang calon Tokoh NILAM 2017 iaitu Aisyah Najihah binti Kamarulzaman [Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)], Ashley Kim Hooi Meixin Li-Kheng [Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah)], Nur Syafiqah binti Aminudin [Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Menengah)] dan Kamali Kannan [Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah)] telah menjalani latihan selama 3 hari bermula pada 14 hingga 16 Februari 2017.

Seramai 6 orang fasilitator telah turut sama membimbing semua calon tokoh NILAM iaitu Puan Zaliha binti Abd Jalil (SMK Cheras), Puan Asiah binti Hasan (SMK Setapak Indah), Puan Nurul Aidah @ Khasittaton binti Deraman (SK Wangsa Melawati), Cik Jamielah binti Mohamad Dahalan (SMK Kepong Baru), Puan Nik Musalina binti Nik Mustapha (SMK Danau Kota) dan Puan Parameswary a/p Doraisamy (SK Seri Bintang Selatan).

Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 2017

 

Rabu | 15 Februari 2017 | 18 Jamadilawal 1438H | Taklimat yang telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Encik Zainuddin bin Haji Othman telah menjelaskan dapatan keputusan prestasi pegawai pada tahun 2016 yang boleh dicapai di HRMIS kini. Sasaran keberhasilan terkini bagi setiap Pegawai Teknologi Pendidikan juga telah turut dibincangkan serta ditetapkan untuk direalisasikan di sepanjang tahun 2017 ini.

Pembentangan Kertas Konsep MAT 2017

 

Rabu | 15 Februari 2017M | 18 Jamadilawal 1438H | Majlis Anugerah TeknoPen (MAT) 2017 merupakan sebuah acara baru yang akan menggantikan acara Majlis Anugerah NILAM yang setiap tahun dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk merealisasikan pelaksanaan MAT 2017 ini, satu kertas konsep telah dibentangkan oleh Encik Mustapa Alba bin Umar serta telah mendapat pelbagai respon dan idea penambahbaikan bagi memantapkan penganjuran kali pertama majlis ini. MAT 2017 akan dijalankan pada akhir tahun ini di satu lokasi yang akan diumumkan nanti.

Taklimat Pelaksanaan Blue Ocean Strategy Online Training (BOSOT) 2017

 BOSOT

Rabu | 15 Februari 2017M | 18 Jamadilawal 1438H | Taklimat Penglaksanaan Blue Ocean Strategy Online Training (BOSOT) telah disampaikan oleh Encik Mustapa Alba bin Umar berdasarkan dapatan maklumat yang telah beliau terima di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor pada bulan lepas.

Bengkel Pelupusan Fail Am Dan Kewangan 2017

 

Rabu | 8 Februari 2017M | 11 Jamadilawal 1438H | Bengkel yang telah dijalankan selama 2 hari bermula pada 6 hingga 7 Februari 2017 melibatkan semua Pegawai Teknologi Pendidikan dan semua staf Unit Pengurusan Strategik, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk melupuskan fail-fail lama mengikut tatacara yang betul.

Pengambilan Chromebook Yang Telah Dibaiki Pusingan Ketiga

 

Rabu | 8 Februari 2017M | 11 Jamadilawal 1438H | Pemulangan ChromeBook yang telah dibaiki bateri yang mengelembung telah masuk ke Fasa 3 (terakhir). Sebanyak 23 buah sekolah di seluruh Kuala Lumpur telah terlibat dalam proses pemulangan kali ini yang membabitkan jumlah peralatan sebanyak 238 buah ChromeBook.