MESYUARAT PENYELARASAN BIDANG KEBERHASILAN (PBPPP) KPPP 2017

 

Selasa | 30 Mei 2017M | 4 Sya'aban 1438H | Mesyuarat Penyelarasan Bidang Keberhasilan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) telah diadakan pada 30 Mei 2017, bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Alias Tahir, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Terengganu merangkap Pengerusi Majlis KPP seMalaysia turut dihadiri oleh Encik Mohamad, KPP BTPN Negeri Sembilan, Encik Zainuddin bin Hj. Othman, KPP BTPN WP Kuala Lumpur, Encik Mokhtar, KPP BTPN Perak, Encik , Wakil KPP BTPN Melaka dan Encik Adam Shah bin Kamaludin dari BTPN WPKL selaku urus setia mesyuarat.

Majlis Penyerahan dan Penerimaan Peralatan ICT dan Pusat Sumber Bagi Sekolah-Sekolah Berkongsi Kemudahan

 

Isnin | 29 Mei 2017H | 3 Ramadan 1438H | Bertempat di Bilik Gerakan, SK Jalan Pasar 1, Majlis Penyerahan dan Penerimaan Peralatan ICT dan Pusat Sumber Bagi Sekolah-Sekolah Berkongsi Kemudahan yang melibatkan 5 buah sekolah iaitu SK Jalan Pasar 1, SK Jalan Pasar 2, SK (L) Jalan Pasar 1, SK (L) Jalan Pasar 2 dan SK Dato' Abu Bakar. Baca selanjutnya...

video

SELAMAT BERPISAH ENCIK AZWAN

 

Jumaat | 26 Mei 2017M | 29 Sya'aban 1438H | Setelah berkhidmat selama lebih 3 tahun 6 bulan (bermula pada  13 Januari 2014) sebagai Ketua Unit Kewangan dan Perolehan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Encik Azwan bin Amin, Pegawai Kontrak Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya di BTPNWPKL ini kerana mendapat tawaran yang lebih baik untuk berkhidmat di Perbadanan Pengangkutan Awam Johor di bawah Setiausaha Kerajaan Johor sebagai Ketua Jabatan, Kewangan dan Perolehan berkuatkuasa 1 Julai 2017. 

Warga BTPNWPKL merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas tawaran yang diterima. Selain itu, warga BTPNWPKL juga merakamkan ucapan terima kasih diatas sumbangan dan perkhidmatan yang telah diberikan selama berkhidmat di sini. Semoga Encik Azwan Amin akan lebih berjaya di tempat baru.

Azwan