Lawatan Kerja JAWI (Akademik): Pengurusan Pusat Sumber

Lawatan Kerja JAWI

Khamis | 7 September 2017M | 16 Zulhijjah 1438H | Rombongan yang diketuai Puan Nor Asiah binti Harun, Penolong Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) seramai 20 orang yang terdiri daripada Pegawai (Akademik) JAWI, Guru Besar dan wakil guru Sekolah Integrasi Agama JAWI (SIRAJ) dan Sekolah Rendah Agama telah melakukan lawatan kerja ke BTPNWPKL.

Read More

Ceramah Pencegahan Kebakaran

Ceramah Pencegahan Kebakaran

Rabu | 6 September 2017M | 15 Zulhijjah 1438H | Dalam usaha menambahkan pengetahuan kepada setiap pekerjanya, BTPNWPKL  melalui unit Pembangunan Kapasiti dan Profesionalisme  (UPKP) dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Tun Razak telah menganjurkan Ceramah Pencegahan Kebakaran 2017.  Tujuan ceramah dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang pentingnya pencegahan kebakaran selain kemahiran menggunakan alat pemadam api dengan betul.

Read More

Perhimpunan Bulanan JPWP (Ogos) 2017

Perhimpunan Bulanan JPWPKL (Ogos) 2017

Rabu | 16 Ogos 2017M | 23 Zulkaedah 1438H | Perhimpunan Bulanan JPWPKL (Ogos) 2017 telah diadakan di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Ogos 2017.  Perhimpunan ini dikelolakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Read More

Kuala Lumpur Bakal Juara Debat CyberSafe

KL Juara

Isnin | 14 Ogos 2017M | 21 Zulkaedah 1438H | Piala Kejuaraan Pertandingan "5th National ICT Security Discouse CyberSAFE Challange Trophy 2017" (NICTSED2017) hampir pasti dalam gengaman Pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertanding sebagai  "underdog".  Dari sebuah pasukan yang tidak diberikan harapan tinggi kerana ahli pasukannya terdiri dari murid Tingkatan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki (SAB) tiada pengalaman dan tidak pernah terlibat dengan mana-mana pertandingan serta menyertai pertandingan ini hanya sekadar untuk mencari pengalaman. 

Read More

Smart School Qualification Standard (SSQS) 2017

 

BENGKEL RETREAT DAN SEMAKAN PENCAPAIAN SKT PERTENGAHAN TAHUN 2017 

Rabu | 21 Jun 2017M | 26 Ramadan 1438H | Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNWPKL) telah melaksanakan Bengkel Retreat dan Semakan Pencapaian SKT Pertengahan Tahun 2017 bagi melakukan semakan terhadap perancangan sasaran kerja tahunan serta memastikan tanggungjawab dan tugas yang dilakukan oleh pegawai berjalan mengikut landasan yang betul.  Bengkel yang dipengerusikan oleh Encik Zainuddin bin Haji Othman, Ketua Penolong Pengarah, BTPNWPKL berlangsung selama dua hari pada 20 dan 21 Mei 2017.

Read More